Followers

Wednesday, June 29, 2011

karenah mereka...



nampaknya dah agak lame tak menulis di sini...
cuti yang panjang,,aku semakin malas,,malas nak melakukan segalanya..
ye,,sepatutnya tak seharusnya begini..aku tahu itu,,tapi bila banyak yang menganggu,,segalanya jadi terhenti..


kanak-kanak itu..
kanak-kanak itu lebih penting bagiku..lebih bermakna bagiku..
seharian melayan karenah mereka,,memang memenatkan,merunsingkan,..
benak mereka..penuh dengan pertanyaan,penuh dengan soalan,penuh dengan rasa ingin tahu yang mendalam..
setiap masa ada sahaja yang ingin dipersoalkan..
ya,,walaupun sudah berkali-kali jawapan itu aku berikan,,mereka tetap bertanya lagi..
fikirku..mungkin ingin menduga kesabaranku..sabarlah wahai hati,,mereka masih kecil,,mungkin aku juga begitu 17 tahun dahulu...


abah...
sejak hari itu..sejak hari aku tiba di rumah..sejak aku mula bercuti..
aku kasihan untukmu..seharian berulang alik dari tempat kerja..
tempat kerja yang baru,,abah baru ditukarkan,,ke balai polis kuala sepetang,,fikirku,,amat jauh,,taiping lebih dekat..
kata ibu pula,,abah penolong ketua balai..semakin sibuk,,tak menang tangan aku melihatnya..setiap masa ada sahaja yang memanggilnya,,setiap masa ada yang menelefonnya..sehingga waktu tidur pun masih ada yang menganggunya..ada sahaja kes baru yang timbul,,kes gaduh,,kes penagih dadah,,kecurian....hampir lali aku mendengarnya..kasihan abah..
kadang kala aku rasa marah untuk abah,,tapi abah tetap tabah,,sudah itu tanggungjawabnya untuk negara,,tapi mengapa masih ada yang membangkang,mencela,memaki hamun pekerjaan abah..hairan..mereka sering dicaci cela,,tapi,,akhirnya,,yang dicari polis juga...mungkin yang bersalah itu segelintir sahaja..aku tahu abah,,abah tak buat semua itu..aku tahu..abah banyak kisahkan padaku...terima kasih abah...


ibu pula...
awal-awal pagi lagi ibu sudah bangun menyediakan sarapan untuk adikku,,bukan aku tidak mahu buat,,tapi ibu lebih pantas dariku..
pokok-pokok bunga rapi dijaganya..meriah berkembang bunganya..ibu pandai menanam pokok bunga,,semuanya menjadi..kata ibu,,biarlah rumah kita seperti taman bunga,asalkan dirinya gembira..ya,,aku pun gembira,,abah pun gembira,,tentulah,,semua jiran-jiran memuji bunga-bunga ibu yang kembang mewangi itu..
ibu pengemas orangnya..pantang berhabuk,,pasti dibersihkan,,malu katanya kalau jiran-jiran nampak rumah jagaanya kotor..ya bu,,kami turuti semua katamu itu,,mungkin sedikit sebanyak sifatnya itu jatuh kepadaku,,aku pun tidak berapa gemar kalau keadaan rumah kotor,pasti akan dileteri,,maaflah kawan-kawan..rimas..rumah perempuan bukan begitu harusnya...


banyak pula..
ibu..
abah..
dik husna,,dik darwisyah..adik ezam..
moga kalian hidup dengan gembira..
moga hidup kalian sentiasa diberkati..
insyaAllah..moga kita semua dapat menghadapi hari-hari mendatang dengan lebih baik...


banyak ingin ku luahkan..nantilah...insyaAllah masih ada waktu,,jika diizinkan...

No comments:

Post a Comment